Atlet, keluarga, jurulatih Paris 2024 diundang hadiri sidang parlimen

Dari kiri: Pemain boccia Jeralyn Tan, atlet kitefoil Maximilian Maeder dan perenang Yip Pin Xiu. (Gambar: Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura, Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura)

SINGAPURA: Atlet Team Singapore yang mengambil bahagian dalam Olimpik dan Paralimpik Paris, termasuk pemenang pingat Jeralyn Tan, Maximilian Maeder dan Yip Pin Xiu, diundang menghadiri sidang parlimen pada bulan depan.

Menerusi satu catatan Facebook pada Isnin (23 Sep), Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berkata bahawa kementeriannya akan mengemukakan satu usul di sidang tersebut untuk mengucapkan tahniah kepada semua atlet, terutama sekali para pemenang pingat, atas pencapaian masing-masing menerusi acara Olimpik atau Paralimpik.

“Pada bulan depan, di sidang parlimen Oktober, kami akan memberi penghormatan kepada atlet-atlet Olimpik dan Paralimpik kami yang sudah mewakili Singapura dengan begitu cemerlang di Paris,” tulis beliau.

Read More…